fbpx

Diugut henti kerja alasan bawa lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lori yang diperiksa JPJ Selangor dalam operasi tersebut

SHAH ALAM – Diugut dihentikan kerja dan sanggup membayar saman antara alasan masih ada pemandu lori masih membawa lebih muatan sehingga boleh merisikokan pengguna jalan raya.

Perkara itu terbongkar susulan penahanan lapan buah lori dalam Operasi Khas Lebih Muatan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor.

Operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 9 pagi semalam itu dilakukan di sekitar Batu 9 Cheras, Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuh Raya Persekutuan dan Saujana Putra.

JPJ Selangor berkata, sebanyak 25 kenderaan diperiksa pihaknya dengan lapan buah lori membawa batu dan pasir didapati melebihi muatan sepatutnya.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati pemandu lori tersebut tidak mempunyai lesen Lesen Kenderaan Barangan (GDL).

“Siasatan mendapati alasan membawa lebih muatan adalah pemandu akan diberhentikan kerja sekiranya lori hadir melakukan timbangan.

“Malah, ‘tauke’ juga menjanjikan akan menanggung atau menyelesaikan bayaran saman sekiranya gagal mematuhi notis arahan untuk timbangan,” katanya hari ini.

Difahamkan, kegagalan mematuhi notis arah timbang akan didenda mahkamah maksimum RM10,000 sahaja.

JPJ Selangor turut memaklumkan mereka akan didakwa dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tambah JPJ Selangor, sebanyak 36 saman dikeluarkan sepanjang operasi tersebut meliputi lapan saman masing-masing bagi melebihi muatan dan tiada lesen GDL.

“Selain itu, dua saman dikeluarkan untuk masing-masing bagi kesalahan GDL tamat tempoh, lesen kenderaan motor (LKM) dan tiada perlindungan insurans kenderaan serta 12 saman berkaitan teknikal,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI