fbpx

Culik, bunuh kenalan: Tujuh suspek dilanjutkan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Polis melanjutkan reman tujuh suspek termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, di sini, 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tujuh suspek masih dalam tahanan reman.

“Kesemua mereka dilanjutkan tahanan selama tujuh hari sehingga Rabu hadapan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

11 September lalu, tujuh individu ditahan termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu.

Siasatan awal mendapati, motif seorang lelaki dilarikan sebelum mayatnya ditemukan dipercayai berpunca dituduh mencuri barang milik suspek.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bau busuk dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, di sini 6 September lalu, merungkai penemuan mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh kenalannya.

Sebelum itu, mangsa yang juga seorang penganggur dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI