fbpx

Berhabis RM100,000, kewangan sekarang ‘kosong’, ini hikmah Allah – Ismahalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAMPAI radio popular, Ismahalil Hamzah berkorban harta benda demi membuktikan dirinya tidak bersalah saat berdepan tuduhan memiliki dan mengedar dadah dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Personaliti radio terkenal juga pengasas Bapakku FM, Ismahalil Hamzah reda terpaksa berhabis sekitar RM100,000 untuk urusan turun naik mahkamah sehinggalah terbukti tidak bersalah dan dibebaskan daripada hukuman tali gantung atas pertuduhan mengedar dadah.

“Saya tak pernah dedahkan (jumlah wang habis) tapi, lebih kurang RM100,000. Lantik peguam apa semua, memang itulah jumlahnya,” ujarnya.

Meski status kewangannya kini bermula daripada sifar, Ismahalil, 50, berkata apa yang berlaku menjadi pengajaran terbesar dalam hidupnya bahkan banyak perkara terpaksa dikorbankan demi berjuang membuktikan dirinya tidak bersalah.

“Duit simpanan saya semuanya kena ‘freeze’ (dibekukan) pada ketika itu. Sebelum simpanan ‘unfreeze’, adalah keluarga yang membantu tapi kena ganti balik. Alhamdulillah, setakat ini tiadalah berhutang dengan sesiapa.

“Cuma, sekarang sudah tidak ada simpanan. Memang kosong. Kiranya saya kena mula kumpul duit semula,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media konsert Tujuh Vibrato Gitar, di sini, semalam.

Optimis dan positif untuk kembali bangkit, Isma berkata, duit bukan segala-galanya dan perlahan-lahan dia akan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Perlahan-lahanlah, insya-Allah. Sebenarnya, duit boleh cari. Hikmah yang saya dapat lagi bernilai. Jangan sesali apa yang telah berlaku.

“Kalau kita ada RM100,000, duit nak habis dalam masa sehari pun boleh habis. Tapi, kalau kita ada RM500 dalam poket dan kita bahagia, rezeki itu datang daripada sumber yang diberkati, pasti akan bertahan dan kita akan rasa cukup.

“Bukan tentang berapa nilai yang kita dapat tetapi apa nilai yang kita boleh bahagikan kepada orang lain,” ungkapnya lagi.

Terdahulu sekitar Julai 2023, Ismahalil dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram.

Pada 21 Februari lalu, dia mengaku tidak bersalah di atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Ismahalil didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI