fbpx

Banjir: Bayi antara mangsa dipindah ke PPS Changkat Lobak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir, Saiful Nizam Jamaludin pulang ke rumahnya di Kampung Tengah untuk membawa kedua orang tuanya ke PPS Changkat Lobak. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Seramai 19 orang termasuk bayi lelaki berusia tujuh bulan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Matang Tengah hari ini.

Kesemua mangsa dipindahkan selepas kediaman mereka melibatkan tiga buah rumah dinaiki air sedalam 0.20 meter.

Sehingga pukul 6 petang ini, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada enam lelaki dewasa, empat wanita, empat kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.

Difahamkan, ini kejadian bencana banjir pertama tahun ini di Kampung Matang Tengah. Kali terakhir penduduk dipindahkan ke PPS pada 14 hingga 20 November 2022.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, kejadian banjir melibatkan Mukim Neriah itu berlaku ekoran hujan lebat semalam.

“PPS SK Changkat Lobak dibuka pada pukul 5 petang hari ini. Langkah dibuat bagi menyelamat dan menempatkan mangsa yang terjejas banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI