fbpx

Awasi sikap toksik dalam diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sikap toksik bukan sahaja ada pada orang lain, malah kadangkala ia mungkin ada pada diri sendiri.

Menurut hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), cara terbaik untuk mengatasi ketoksikan dalam diri sendiri adalah melalui refleksi diri.

“Sikap toksik tersebut tidak semestinya satu perkara yang tidak baik atau negatif, tetapi apabila ia berlaku secara berterusan dan berlebihan, ia mungkin tidak sihat untuk satu-satu hubungan.

“Antara contoh sikap toksik dalam diri ialah sentiasa membandingkan diri dengan orang lain, suka mengkritik tanpa henti, sering tidak hadir disaat diperlukan individu terdekat dan gemar memandang rendah kepada orang lain,” katanya.

Tangkap layer perkongsian oleh PHM mengenai sikap toksik dalam diri.

Selain itu, individu yang suka memanipulasi orang lain, menyembunyikan masalah sendiri, suka menyimpan dendam dan laju menunding jari kepada orang lain juga dikira bersikap toksik terhadap orang lain.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai bersetuju dengan perkongsian PHM dan turut berkongsi pengalaman masing-masing berhadapan dengan manusia toksik.

“Laju menunding jari ke arah orang lain, tetapi bila orang lain tunding jari ke arah dia, cepat pula melatah. Kita pun ada silapnya sendiri, jangan asyik nampak salah orang lain sahaja,” kata Noor.

“Kalau sembunyikan masalah sendiri, itu aku. Kadang-kadang bukan tidak mahu meluah tapi takut orang rasa menyampah dengan kita. Lebih teruk, takut cipta lebih banyak masalah pula,” kata Ridzuan.

“Kesimpulannya, kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang,” kata Khai.

Kini, hantaran tersebut sudah mendapat 700 tanda suka dan 45 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI