fbpx

Atlet boling negara peluk Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nerosha dilapor melafazkan dua kalimah syahadah di Ibu Pejabat Perkim, semalam. - Foto Perkim

PETALING JAYA – Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan dilaporkan memeluk Islam, semalam.

Dipimpin oleh Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah, Nerosha, 27, melafazkan dua kalimah syahadah di ibu pejabat Perkim.

Menerusi perkongsian Perkim Kebangsaan di Facebook, Nerosha berkata, dia tertarik dengan Islam berikutan kehidupannya sebagai atlet sering dikelilingi rakan-rakan muslim yang mengerjakan ibadah.

“Saya sering bertanya kepada rakan-rakan muslim tentang kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Gadis yang berasal dari Sarawak itu turut berazam untuk mendalami Islam dengan mengikuti Kelas Pengajian Islam Perkim Kebangsaan (KPIPK) yang diadakan pada hujung minggu.

Dalam masa sama, Nerosha juga bakal menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI