fbpx

Anwar lengkap berbaju Melayu ketika berucap di UNGA78

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap di UNGA ke-78 sebentar tadi. - Foto oleh AFIQ HAMBALI (PMO)

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lengkap berbaju Melayu ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini.

Persidangan yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat itu telah menghimpunkan seramai 41 pemimpin seluruh dunia.

Anwar ketika menyampaikan Ucapan Negara sebentar tadi dilihat lengkap berbaju Melayu berwarna biru muda lengkap bersamping.

Beliau juga memulakan ucapan tersebut dengan Bahasa Melayu untuk mengemukakan pandangan ke arah keamanan dan kesejahteraan bagi mewakili Malaysia.

Persidangan tersebut diadakan bagi usaha menagani isu pemanasan global dalam sidang kemuncak iklim PBB yang berlangsung selama dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI