fbpx

Angin kencang di utara Semenanjung bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Angin baratan dijangka bertiup kencang dan tertumpu di kawasan utara Semenanjung bermula 23 hingga 25 September.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan tersebut berpotensi menghasilkan cuaca buruk dalam tempoh berpanjangan di negeri yang terlibat.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI