fbpx

6,831 saman dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang menjalankan tugas dalam Op HUU Fasa 2, di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 6,831 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, halangan lalu lintas mencatatkan kesalahan tertinggi direkodkan membabitkan 5,470 saman.

“Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (283), tiada lesen memandu tempatan (90), tiada lesen memandu warga asing (9), tidak patuh lampu isyarat merah (42), nombor pendaftaran (25) dan lain-lain (909).

“Selain itu, sebuah kereta dan motosikal turut disita semalam,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sebanyak 22 operasi telah dijalankan meliputi beberapa kategori.

“Antaranya ialah Op Utama (had laju), Op Utama (lampu osyarat merah), Op Utama (telefon bimbit), Op motosikal, Op Perdagangan, Op Mabuk, Op Khas, Op Pelbagai dan Op Halangan.

“Jumlah keseluruhan tangkapan pula ialah sebanyak 14 tangkapan,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya tidak akan memberikan pengurangan saman buat mereka yang dikenakan tindakan dalam tempoh operasi ini.

“Kita kekalkan tiada diskaun ditawarkan untuk saman. Saman yang dikeluarkan dalam masa ini, kita kekalkan pendirian itu,” katanya.

Jelas Allaudeen, pihaknya menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI