fbpx

4 kanak-kanak jadi buruh paksa diselamatkan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pendatang asing tanpa izin yang ditahan Bukit Aman Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran D3 (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.

KLANG – Empat remaja bawah umur dieksploitasi menjadi buruh paksa diselamatkan polis dalam serbuan ke atas sebuah kilang memproses logam terpakai di Teluk Gong, di sini, petang semalam.

Serbuan dijalankan pukul 3.30 petang oleh Bahagian Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran D3 (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Unit MAPO Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Tenaga Kerja.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, empat mangsa diselamatkan adalah warga Myanmar berusia 17 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati, mereka mula bekerja di kilang haram yang beroperasi sejak dua tahun lalu antara dua hingga lima bulan.

“Dalam serbuan sama, seramai 40 warga asing termasuk 10 wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun yang bekerja di kilang itu tanpa sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Fadil memakluman, warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Kemboja.

“Semua pendatang asing tanpa izin ini dikesan bekerja di kilang ini sejak setahun lima bulan lalu.

“Kita juga menahan dua lelaki tempatan berusia 21 dan 31 tahun yang berperanan sebagai pengurus dan pembantu pengurus kilang,” katanya.

Fadil berkata fokus operasi ini adalah mengenalpasti mangsa pemerdagangan manusia dengan berpandukan kepada `National Guideline on Human Trafficking Indocators (NGHTI)’.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1966, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/63.

“D3 JSJ Bukit Aman sentiasa memantau dan menjalankan risikan bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang wujudnya aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di seluruh negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI