fbpx

RUU Sumber Air akan dibentang dalam sidang DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zahir (tengah) menunjukkan komputer riba yang akan diberi kepada semua ADUN pada sidang media Dewan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

IPOH – Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air Perak antara usul yang dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan selama tiga hari, bermula Isnin sehingga 27 September.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, kelulusan RUU tersebut ditangguhkan pada tahun lepas tetapi akan dibentangkan semula oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang DUN akan datang.

“Seramai 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan RUU tersebut pada sesi perbahasan yang dijadualkan mula berlangsung pada hari pertama persidangan.

“Sesi perbahasan dijadualkan akan mula berlangsung pada persidangan pertama iaitu pada 25 September, hari Isnin,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurutnya, tempoh masa perbahasan pada kerajaan dan pembangkang selama tiga puluh minit bagi setiap orang.

Terdahulu, media melaporkan, Rang Undang-Undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2022 yang dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan kelulusannya ke satu masa yang akan ditetapkan.

RUU dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu bertujuan memastikan aspek pelesenan dan penguatkuasaan yang membabitkan sumber air negeri dapat dipantau selain pengurusan bersepadu bagi penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air melalui penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata, 59 orang ADUN akan menerima sebuah komputer riba untuk kegunaan sepanjang persidangan berlangsung bermula Isnin ini dalam usaha memupuk pendigitalan dan mengurangkan penggunaan kertas.

“Pemberian laptop melalui Digital Perak Corporation Holdings ini juga membolehkan mereka bekerja lebih kuat dan dapat menyertai mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa dan di mana sahaja secara dalam talian sekiranya tidak dapat hadir secara bersemuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI