fbpx

Remaja autistik juara kejohanan golf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayleigh (dua dari kanan) bermain dengan serius semasa kejohanan golf AIMS baru-baru ini. - NZHerald

WELLINGTON, NEW ZEALAND – Seorang penghidap autisme berusia 12 tahun menjadi perhatian ramai setelah memenangi kejohanan golf kebangsaan di New Zealand meskipun hanya bermain tiga pusingan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Walaupun menggunakan kayu golf yang dipinjam dan memakai kasut bola keranjang, Bayleigh Teepa-Tarau memperoleh 87 mata Stableford dalam tiga pusingan sembilan lubang semasa menyertai Sukan Persatuan Sekolah Menengah (AIMS) tahun ini.

Beberapa bulan lalu, seorang pembantu guru menyedari bahawa pelajar lelaki itu suka menghayun kayu sepanjang masa, justeru, dia mencadangkan agar Bayleigh mencuba sukan golf.

“Bayleigh tidak mengetahui perkara teknikal mengenai golf, namun dia hanya melangkah ke hadapan dan memukul bola. 

“Dia menyukai sukan itu dan minatnya mendorong dia bermain golf dengan baik,” kata pembantu guru dan jurulatih golf, Whetu Wiremu.

Kejayaan Bayleigh memenangi pingat emas dalam kejohanan remaja berprestij itu telah membuka mata orang ramai di New Zealand. Beberapa organisasi kini bekerjasama mengumpul dana bagi memastikan remaja itu mencapai potensi penuh dalam sukan golf. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI