fbpx

Normalisasi hubungan Arab Saudi-Israel semakin hampir – MBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERA MAHKOTA Mohammed semasa menghadiri sidang G20 di New Delhi pada 9 September lalu.

RIYADH – Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) menyatakan dalam satu wawancara bersama stesen televisyen Amerika Syarikat (AS) bahawa Arab Saudi bergerak semakin hampir untuk menormalkan hubungan dengan Israel, lapor laman berita RT kelmarin.

“Setiap hari, kami semakin dekat,” kata beliau kepada saluran berita Fox News apabila diminta mengulas  sama ada rundingan  Israel-Arab Saudi mencapai persetujuan bersejarah untuk mewujudkan hubungan diplomatik.

Wawancara Fox News bersama MBS berlaku ketika pentadbiran Presiden Joe Biden meneruskan usaha  menjadi orang tengah untuk mewujudkan hubungan bersejarah antara dua kuasa serantau tersebut yang juga sekutu rapat Washington di Asia Barat.

Dialog normalisasi itu menjadi teras kepada siri rundingan rumit yang turut melibatkan jaminan keselamatan AS dan bantuan nuklear bagi tujuan awam seperti diminta oleh Riyadh di samping kemungkinan penyerahan wilayah Palestin oleh Israel.

“Bagi kami, isu Palestin amat penting. Kita perlu menyelesaikannya,” kata beliau apabila ditanya tentang apa yang perlu dilakukan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Putera berkenaan turut menyuarakan rasa bimbang tentang kemungkinan Iran mendapatkan senjata nuklear. Israel sendiri dianggarkan menyimpan berpuluh-puluh peledak nuklear.

Teheran sebelum ini berulang kali menafikan mahu membina bom nuklear.

Ditanya apa yang akan berlaku sekiranya Iran ada memiliki bom nuklear, MBS menjawab: “Sekiranya mereka ada bom nuklear, kami (Arab Saudi) juga perlu mendapatkannya,”.

Walaupun pegawa-pegawai AS bertegas bahawa sebarang kejayaan adalah masih jauh, mereka secara peribadi bercakap tentang manfaat persetujuan mega serantau antara Arab Saudi dan Israel.

Ini  termasuk mengelakkan konflik Arab-Israel, mengukuhkan benteng terhadap Iran dan mengekang kemaraan China di rantau Teluk. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI