fbpx

Nahas Putrajaya: Pemandu treler direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori yang terbabit nahas 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara Putrajaya pagi semalam ditahan reman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seorang pemandu treler yang terbabit nahas 14 kenderaan di Jalan Persiaran Utara, berdekatan Presint 12, di sini, semalam direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini pagi ini.

Terdahulu, pemandu berusia 29 tahun itu tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira pukul 9 pagi sambil diiringi pegawai polis.

Tahanan reman itu membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek yang memakai baju kelabu dan pelitup muka itu kelihatan tenang dan kelihatan kedua-dua tangannya turut berbalut dipercayai cedera akibat nahas pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori treler bermuatan pasir dan batu selain 14 mangsa lain cedera.

Mangsa yang maut dikenali Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang juga kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, penjawat awam di Mahkamah Ampang.

Nahas membabitkan 14 buah kenderaan termasuk lima motosikal termasuk sebuah motosikal pengiring polis, tujuh buah kereta dan dua buah lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI