fbpx

Nahas Putrajaya: Operasi tumpu kesalahan kenderaan berat dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan membabitkan enam kenderaan di Presint 12, semalam.

KUALA LUMPUR – Tumpuan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dan komersial akan dipertingkatkan di sekitar ibu negara bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Ia susulan kemalangan maut membabitkan sebuah lori merempuh 14 kenderaan yang meragut dua nyawa penunggang motosikal di Persiaran Utara, Putrajaya, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi penguatkuasaan akan ditumpukan di laluan keluar dan masuk ke ibu negara serta Putrajaya.

Katanya, tumpuan operasi ke atas kenderaan berat dan komersial akan dilakukan disamping operasi harian yang memang sudah dijalankan.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Operasi akan dipertingkatkan di laluan masuk kerana kemalangan semalam contohnya berlaku di laluan masuk dari Puchong, Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori treler bermuatan pasir dan batu selain 14 mangsa lain cedera dalam kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu.

Mangsa yang maut dikenali Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang juga kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, penjawat awam di Mahkamah Ampang.

Nahas membabitkan 14 buah kenderaan termasuk lima motosikal termasuk sebuah motosikal pengiring polis, tujuh buah kereta dan dua buah lori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI