fbpx

Muhyiddin selesai rakam keterangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin bersama pengiringnya setelah selesai dirakam percakapan di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai diambil keterangan di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, di sini hari ini.

Muhyiddin tiba di bangunan berkenaan kira-kira pukul 9.15 pagi tadi sebelum keluar pukul 11.58 pagi dari bangunan berkenaan.

Selepas hampir tiga jam di bangunan tersebut, Muhyiddin keluar bersama pengiringnya tanpa membuat sebarang kenyataan berhubung kehadirannya di pejabat MIDA.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain mengesahkan pihaknya mengambil keterangan Muhyiddin sekali lagi.

“Saya sahkan,” katanya ringkas.

Difahamkan tindakan itu akan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

3 September lalu, bekas Perdana Menteri itu didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen DUN Simpang Jeram, Johor.

Ucapannya itu turut dikongsi menerusi halaman Facebook yang mana mengandungi dakwaan Melayu pada hari ini tidak lagi menguasai kerajaan, maknanya orang Melayu sudah hilang kuasa, sedar ataupun tidak, betul ataupun tidak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI