fbpx

Menteri, timbalan menteri ditegur tidak hadir sidang Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegur ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri pada sidang Dewan Negara.

Beliau turut melahirkan kekesalan wakil dalam kalangan pegawai-pegawai kementerian pada sidang Dewan Negara juga tidak ramai.

“Minta YB Menteri (yang hadir) sampaikan kepada rakan-rakan dalam Kabinet tentang keresahan dan kerinduan Ahli Dewan Negara untuk melihat wajah-wajah menteri atau timbalan menteri.

“Barisan pegawai-pegawai daripada kementerian pun nampak nipis yang hadir dalam dewan ini.

“Kalau boleh sekarang sampaikan kepada mereka supaya dapat hadir hari ini juga,” katanya pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof membangkitkan mengenai ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri dalam sidang Dewan Negara.

Menurut beliau, keadaan itu jika berterusan akan menyebabkan Dewan Negara dianggap sebagai kelas kedua dalam membahaskan tentang pembangunan negara.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, kehadiran menteri dan timbalan menteri sekurang-kurangnya akan memberi keyakinan kepada Ahli Dewan Negara.

Menurut beliau, ia akan memberi keyakinan bahawa segala perbahasan yang berlaku dalam Dewan Negara diberi perhatian yang mendalam oleh kerajaan.

“RMK-12 akan merentasi lima tahun. Ia akan mengubah corak di negara ini daripada segi pembangunan, sosial dan politik juga.

“Kehadian menteri dan timbalan menteri perkara yang amat penting bagi memberi keyakinan kepada Ahli Dewan Negara untuk kita bersama-sama menjayakan RMK-12,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI