fbpx

Lelaki, remaja Rohingya didakwa rogol budak sekolah dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH Mohamad Osman diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang lelaki dan remaja Rohingya masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan serangan seksual serta mencabul seorang pelajar sekolah di dalam sebuah kereta, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Osman Boshor, 27, dan remaja berusia 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan pertama terhadap Mohamad Osman, dia didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 7 bulan kira-kira pukul 5.30 petang di dalam sebuah kereta jenis Proton Preve di kawasan lapang di Pantai Klebang pada 14 September lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa sama pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan, manakala Peguam Omar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan dibenarkan dan bersetuju dengan syarat tambahan dikenakan.

Selepas mendengar rayuan, Hakim Mohd. Sabri membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dan memerintahkan tertuduh untuk tidak mendekati mangsa dan keluarga mangsa.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 31 Oktober depan untuk serahan laporan kimia dan perubatan penuh mangsa.

Bagi dua pertuduhan terhadap tertuduh berusia 14 tahun, dia didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa sama pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebat dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dikenakan sebat.

Majistret Sharda kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan dan menetapkan tarikh pada 31 Oktober sebagai sebutan semula kes.

Semalam, Kosmo! melaporkan dua warga Rohingya diberkas selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan tiga secara bergilir-gilir di dalam sebuah kereta sebelum meninggalkan mangsa di taman permainan di Batu Berendam, di sini.

Kedua-dua suspek berusia 14 dan 27 tahun itu masing-masing diberkas di Batu Berendam dan Pantai Peringgit, dekat sini antara pukul 6 pagi sehingga 6.30 pagi pada 15 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, tangkapan dibuat selepas abang mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari mengenali suspek berusia yang 14 tahun menerusi aplikasi WhatsApp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI