fbpx

Influencer tolong promosi barangan buatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaizi beramah mesra dengan pengusaha-pengusaha ketika hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Utara di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan pempengaruh media sosial untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Menurut Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari, pihaknya pada masa yang sama berharap golongan terlibat turut mengambil tanggungjawab menularkan barangan buatan Malaysia ini di akaun media sosial masing-masing atas nama patriotik atau cintakan negara.

“Kita akan bekerjasama jugalah dengan influencer atau pempengaruh ini untuk sama-sama mempromosikan KBBM. Cuma dekat sini kita harap pempengaruh ini ubah sedikit ataupun fokus untuk diri kita lebih kepada untuk meningkatkan semangat patriotisme.

“Kita menggalakkan dan menyokong para influencer kalau boleh yang ada beribu-ribu pengikut itu, viralkan produk-produk tempat yang baik sama seperti mereka sering tular tempat-tempat makan yang rare itu,” katanya selepas hadir ke Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Utara di sebuah pusat beli belah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI