PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 12 negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang, Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang dan Mersing).
“Seterusnya, Sarawak iaitu Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” kata MetMalaysia pada hantaran Facebook hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Dalam masa sama, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE