fbpx

Diugut wang tebusan RM1 juta dari sindiket pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin bercakap pada sidang akhbar mengenai misi MHO di Myanmar ketika ditemui di Terminal 2, KLIA, Sepang semalam. -Foto AMREE AHMAD

SEPANG – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan, terdapat keluarga yang membayar wang tebusan RM1 juta untuk membebaskan anak daripada cengkaman sindiket tawaran pekerjaan di Myanmar.

Biarpun wang tebusan telah dibayar kepada sindiket berkenaan, namun anak mereka tidak dilepaskan membuatkan keluarga mangsa terus buntu.

Ekoran buntu mencari jalan penyelesaian keluarga mangsa ini terus mendapatkan MHO bagi bantuan menyelamatkan semula anak mereka.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya ada menerima kes berhubung ugutan wang tebusan sehingga ada yang terpaksa menggadaikan tanah pusaka demi menyelamatkan anak di luar negara.

“Bayangkan dia sudah bayar RM90,000 kepada sindiket itu tetapi mangsa masih lagi tidak bebas dan akhirnya melaporkan terus kepada MHO setelah buntu.

“Saya kesal kerana ada terpedaya sudah bayar RM50,000, RM100,000 waima RM1 juta namun mangsa yang terlibat itu tidak juga dibebaskan oleh sindiket berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.

Walau bagaimanapun paling menyedihkan katanya, pihak yang mengenakan bayaran wang tebusan itu merupakan seorang ahli perniagaan terkenal warga Malaysia.

Tanpa mendedahkan identiti individu itu, Hishamuddin berkata, setakat ini sindiket tidak pernah menawarkan sebarang tebusan bagi isu pembebasan mangsa yang di bawa ke Myanmar.

Katanya, setakat ini pihaknya merekodkan terdapat kira-kira 30 orang mangsa yang terkandas di Myanmar dengan ada sudah berada di sana lebih setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI