fbpx

[VIDEO] Berhenti lepasi garisan putih, pemandu undur gagal elak saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cubaan seorang pemandu mengundurkan kenderaan ketika Op HUU gagal apabila dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu cuba mengundurkan kenderaan gara-gara berhenti melebihi garisan putih bagi mengelakkan diri daripada disaman gagal selepas didekati anggota polis yang bertugas.

Menerusi perkongsian satu video klip di Facebook Warga Wilayah, memaparkan kejadian tersebut ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Hormat Undang-Undang (HUU) di Jalan Ampang, di sini.

Video klip berdurasi satu minit 27 saat itu turut menunjukkan beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta yang dikenakan tindakan di atas kesalahan yang sama.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan Op HUU bermula 15 hingga 29 September ini.

Operasi yang dijalankan adalah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) dimana pemandu tidak boleh memberhentikan kenderaan di dalam kawasan lintasan.

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Untuk rekod, sebanyak 36,432 saman dikeluarkan PDRM membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya menerusi Op HUU bagi tempoh tujuh hari pertama operasi dijalankan.

Antara kesalahan yang menerima jumlah saman tertinggi adalah halangan lalu lintas (27,755), lain-lain kesalahan (5,880) dan meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki (1,523). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI