fbpx

Yayasan Seri Negara sumbang RM150,000 kepada warga PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menerima replika sumbangan daripada Mazlan Lazim (kanan), ketika Majlis Sumbangan Amal Yayasan Seri Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Yayasan Seri Negara (YSN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengagihkan sumbangan kepada golongan memerlukan dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Penaung YSN, Tan Sri Mazlan Lazim, berkata sebanyak 1,050 bakul makanan diagihkan kepada semua balai di bawah Kontinjen Polis Kuala Lumpur, yang merangkumi 10 jabatan dan enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Dang Wangi, Wangsa Maju, Putrajaya, Brickfields, Sentul dan Cheras.

Katanya, sumbangan peralatan kesihatan merangkumi 21 katil pesakit, 12 kerusi roda dan 30 tongkat pula akan diserahkan kepada penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf dan orang kurang upaya.

“Penerima lain, antaranya balu anggota polis, anak kelainan upaya, anak-anak yatim, pesakit kronik dan pesara polis yang menghidap penyakit kronik, pesara polis dari golongan asnaf dan pesakit terlantar.

Keseluruhan jumlah sumbangan berupa makanan dan peralatan kesihatan yang diserahkan hari ini bernilai RM150,000,” katanya pada majlis itu di IPK Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara berkata, pihak Yayasan Seri Negara amat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kolaborasi bersama MAIWP dan PDRM IPK KL untuk melaksanakan kerja amal dan murni berkenaan yang diyakini dapat meringankan beban penerimanya.

Katanya, bermula sejak tahun 2022 sehingga kini, sudah mencecah 30 program dilakukan yayasan itu dan memberi manfaat kepada 2,995 penerima, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM495,000.

Katanya, sebanyak 24 program membabitkan PDRM dengan jumlah sumbangan sebanyak RM376,000 disalurkan di seluruh negara.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI