PUTRAJAYA – Dua maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Persiaran Utara, di sini pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.
Menurutnya, insiden melibatkan dua buah lori selain dua buah kereta dan dua buah motosikal.
“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE