PETALING JAYA – Video parodi penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima ‘menjelma’ sebagai Mondy Tatto menarik perhatian pengikutnya yang terhibur dengan aksinya berlakon sebagai wanita ‘teraniya’ itu.
Menerusi video yang dikongsikan Shima, 27, atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli dalam Instagram, penyanyi itu dilihat melakonkan semula aksi Mondy sewaktu ditemu bual aktivis kemanusiaan, Caprice dalam sebuah rancangan audio siar (podcast), The Mondy Tattoo Interview.
Dalam video tersebut, Shima yang turut mencacah tatu palsu pada wajahnya menggunakan semula suara Mondy sewaktu wanita kelahiran Indonesia itu mendakwa dirinya menjadi mangsa seksual oleh pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew.
“Dia usap seperti ini. Hampir ketahuan tu. Ditutupilah pakai beg dia di depan ini. Dia pakai ini, langsung dia berdiri, langsung dia tarik ininya. Lepas itu tutup, tutup, tutup langsung dia begini.
“Aku lagi kaget. Mau cium aku. Pegang-pegang tanganku. Usap-usap pipiku. Gitukan. Itu baru hari pertama,” katanya ketika mengajuk semula dialog Mondy.
Aksi spontan pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu sekali gus menarik perhatian pengikutnya yang terhibur kerana mendakwa Shima berjaya ‘menjelma’ sebagai Mondy.
Malah, ada yangt mendakwa kali pertama menyukai konten yang dikongsikan penyanyi itu.
“Menjadilah lakonan ini,” ujar seorang pengikutnya.
“Kali pertama aku suka konten kau,” ujar seorang lagi netizen.
“Ingatkan Mondy. Rupa-rupanya Baby Shima,” kata seorang pengguna Instagram.
Sehingga artikel ini ditulis, video parodi tersebut telah mendapat komen sebanyak 1,390 pengikutnya dan dikongsi sebanyak lebih daripada 1,000 kali.
Terdahulu, nama Ebit Lew sekali lagi panas apabila Mondy tampil mendedahkan bahawa pendakwah itu pernah melakukan perbuatan ‘jijik’ terhadapnya termasuklah memegang tangan dan pipinya.
Enggan berdiam diri, Ebit tampil mempertahankan dirinya dengan membuat laporan polis dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis dan pihak peguamnya untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE