fbpx

Sindiket ‘love scam’ aktif di media sosial tumpas, 9 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket penipuan cinta atau loce scam selepas memberkas sembilan individu di tiga buah kediaman di Jalan P. Ramlee, di sini, semalam.

Serbuan tersebut dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menyasarkan warga Malaysia, China dan Singapura sebelum meminta mangsa membuat pemindahan wang ke akaun bank dalam dan luar negara.

“Lapan lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit sindiket penipuan ‘love scam’.

“Semakan mendapati wujud unsur penipuan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Tinder, Instagram, dan WhatsApp.

“Sindiket ini menggunakan gambar profil individu luar negara untuk menipu mangsa dengan menggunakan ayat-ayat cinta melalui skrip disediakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Allaudeen, pihaknya merampas 24 buah telefon bimbit, tujuh buah komputer riba dan skrip perbualan yang digunakan untuk memperdaya mangsa serta beberapa dokumen berkaitan.

Orang ramai diminta membuat semakan melalui htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran ke akaun yang tidak dikenali. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI