PERSEMBAHAN lakonan Fedi Nuril dalam setiap karakter, terutama sebagai suami dalam mana-mana karya tidak pernah mengecewakan.
Kerap melakukan adegan mesra dengan heroin-heroin gandingannya, Fedi mendedahkan sebenarnya ada perjanjian dibuat dengan isterinya, Vanny Widyasasti demi keharmonian rumah tangga.
“Perjanjian kami misalnya watak suami isteri romantis itu ada pelukan dan cium dahi, itu okey. Tapi kalau sentuh atau cium bibir itu tidak boleh.
“Itu istimewa untuk isteri sahaja. Lakonan harus ada batasan,” ujarnya.
Kenyataan aktor Ayat-Ayat Cinta itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Harusnya tidak boleh sentuh dengan wanita lain kerana itu bakal ada risiko. Tapi kalau alasan cari duit tidak tahulah,” ujar peminat.