fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

Ujarnya, beberapa kawasan di Perak seperti Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut diramal cuaca yang sama.

“Di Kelantan kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) diikuti dengan Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu).

“Kawasan yang diramal cuaca buruk di Pahang adalah Rompin, diikuti negeri Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Tambahnya, seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut diramal ribut petir diikuti dengan Sabah (Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI