fbpx

Raisa dilabel sombong sebab lambai peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAISA

PENYANYI Raisa Andriana tiba-tiba menjadi topik bualan peminat apabila sebuah video menunjukkan keramahan sikapnya yang dirakam secara curi-curi tular dalam media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang peminat merakam penyanyi lagu Kali Kedua ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran bersama rakannya.

Tersedar ada kamera yang merakam, Raisa kelihatan tersenyum sambil melambai ke arah peminatnya itu.

Tindakan itu membuatkan sikap Raisa dipuji sebagai ramah dan tidak sombong dengan peminat.

“Artis ini ramah dan murah senyuman, sudahlah cantik, baik pula tu. Dia memang peramah pernah jumpa di tempat kerja, dia sapa kita dahulu,” ujar netizen.

Bagaimanapun ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kata pujian sebegitu dan menyifatkan Raisa sebenarnya seorang yang sombong.

“Dia bukan lambai peminat itu, mungkin dia sapa kawannya di belakang kamera.

“Maaf dia bukan seorang yang ramah, pernah jumpa di Bandung, sombong sangat, walhal hanya mahu menyapa bukan minta bergambar pun.

“Baguslah jika sudah berubah, dahulu pernah tegur ketika terjumpa di kedai kopi tapi tidak dibalas,” ujar peminat yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI