DIKENALI sebagai antara selebriti terkaya di Indonesia, Raffi Ahmad mengakui adakalanya bingung apabila ramai kenalan dekat dan jauh yang merayu meminta bantuan dan pinjaman kewangan daripadanya.
Acapkali juga Raffi memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan semua orang berikutan pendapatannya juga terbatas.
“Ramai yang mesej peribadi minta bantuan, maaf kerana bukan aku tidak mahu bantu tapi pendapatan aku juga terbatas.
“Sekali lagi aku beritahu, namanya juga bantu jadi jika ada duit lebih kita akan bantu. Kadang-kadang ada yang WhatApps nak pinjam duit ketika itu ada lebihan jadi saya bagi.
“Tapi ada juga ketika saya tidak dapat beri. Ada juga kenalan yang lama tak bertemu datang rumah nak pinjam duit, insya-Allah saya hanya bantu yang termampu tapi tidak semua,” ujarnya.