fbpx

Piala AFC: TFC harapkan benteng kekal utuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINBRUCKNER mengakui pemain pertahanannya perlu lebih berdisiplin untuk mengekang ancaman Central Coast yang memiliki kelebihan fizikal. - AFP

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengakui berdepan tugas berat berdepan juara Australia, Central Coast Mariners pada aksi sulung Piala AFC di laman sendiri malam ini.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, pasukan lawan memiliki kelebihan fizikal berbanding skuad kendaliannya sekaligus memberi cabaran sengit terutama dalam situasi bola mati.

Begitupun, beliau enggan menjadikan ia sebagai alasan untuk menyerah kalah sebelum wisel permulaan ditiupkan pengadil selepas TFC turun beraksi di pentas Asia buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

“Selepas menonton aksi pasukan lawan bulan lalu, saya mendapati skuad Central Coast Mariners adalah pasukan kuat dengan fizikal pemain mereka yang dijangka memberi masalah kepada kami.

“Semua pemain terutamanya benteng pertahanan harus fokus 100 peratus sepanjang 90 minit serta tidak melakukan kesilapan mudah jika mahu meraih keputusan positif di laman sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Nerus semalam.

Bagaimanapun, Steinbruckner optimis barisan pemain skuad Sang Penyu berada dalam motivasi terbaik selepas meraih momentum kemenangan dalam saingan domestik termasuk melakar rekod tanpa kalah sejak bulan Jun lalu.

“Kejayaan kelab Malaysia iaitu JDT, juara kejohanan itu pada tahun 2015 dan KL City FC yang merupakan finalis tahun lalu turut memberi tonik tambahan buat kami.

“Anak buah saya juga dilihat begitu teruja dan bersemangat untuk berada dalam kesebelasan utama bagi membuktikan penampilan mereka pada edisi Piala AFC kali ini memberi kejayaan manis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI