Kosmo! Online memohon maaf kepada Mara Corporation berkenaan artikel mengenai kesihatan Pengerusi Mara Corporation Sdn. Bhd yang disiarkan pada 6 September 2023.
Laporan berkenaan telah ditarik balik dari semua platform digital dan media sosial kami dengan serta merta pada hari berkenaan.
Artikel itu ada kekilafan dan tidak sepatutnya ditulis dan disiarkan dalam laman web ini.
Kami mengambil maklum teguran yang diberi dengan kesilapan tersebut yang tidak disengajakan dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Julainie Mohd. Salleh dan Mara Corporation dan keluarga Tan Sri Hamad Kama Piah.