fbpx

Pengguna di Kedah merungut harga sayur meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga Pasar Besar Alor Setar, Sazali Ismail menunjukkan halia yang turut berlaku peningkatan harga sejak Jun lalu.

ALOR SETAR – Selepas terbeban dengan ketiadaan beras tempatan di pasaran, rakyat di negeri ini merungut pula mengenai peningkatan harga barangan lain terutama sayur-sayuran.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara itu sebelum melaksanakan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

Hasil tinjauan dilakukan katanya, perkara itu didapati benar berlaku dengan kalangan peniaga juga tersepit dengan keadaan tersebut.

“Sejak beberapa hari lalu, kami menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan harga sayur-sayuran antaranya halia, bawang putih dan cili kering. Namun apabila tinjauan dilakukan hari ini, rupa-rupanya harga tomato juga meningkat mendadak yang sememangnya membebankan pengguna.

“Halia yang dulunya diterima peruncit pada harga RM58 sekotak, meningkat antara RM120 ke RM130 kini. Tomato yang dulunya boleh dijual pada harga RM5 untuk 100 gram oleh peruncit, kini terpaksa dijual pada harga RM8 berikutan peningkatan harga di peringkat pemborong,” katanya di sini hari ini.

Katanya, bawang putih yang sebelum ini dijual kepada pengguna pada harga RM6 atau RM7 sekilogram, kini sudah mencecah berbelas ringgit.

Menurutnya, aduan mengenai peningkatan harga itu diterima di semua daerah dalam negeri ini serta hasil pemantauan dilakukan skuad pengguna Cake.

“Punca kenaikan harga barang ini sukar dipastikan, namun kita tak boleh menolak kemungkinan kenaikan harga barang ini disebabkan nilai mata wang negara yang rendah ketika kebanyakan barangan diimport dari luar.

“Faktor cuaca serta permintaan tinggi dari negara-negara lain juga memainkan peranan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI