fbpx

Pemenang fasa satu Kempen Simpan Vaganza, Simpan Vaganza Online ASNB terima hadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias A. Rahman, pemenang hadiah utama Simpan Vaganza Fasa-1, bergambar kenangan bersama Toyota Yaris miliknya.

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meraikan pemenang fasa satu Kempen Simpan Vaganza dan Simpan Vaganza Online pada majlis penyampaian hadiah semalam.

PNB dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pada majlis itu seramai 39 pemenang telah menerima hadiah mereka masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi fasa satu kempen berkenaan yang bermula 1 Mac 2023 hingga 30 Jun lalu, sebanyak 1.2 juta penyertaan diterima dengan seramai 1,297 pemenang menerima hadiah bernilai lebih RM880,000 seperti iPhone 14, barangan elektrik, baucar percutian serta hadiah utama Toyota Yaris.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman berkata, pihaknya berbangga dengan sambutan yang diterima menerusi kempen ini, menandakan dedikasi rakyat Malaysia ke arah menyimpan untuk masa dean dan memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Kami berasa sangat bersyukur dan berbangga dengan sambutan yang diterima melalui kempenkempen ini. Ia menandakan dedikasi rakyat Malaysia ke arah menyimpan untuk masa depan dan memenuhi keperluan kewangan mereka.

“Peningkatan had pelaburan ASB dan ASB 2 sebanyak RM300,000 seta penambahan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) kepada RM5 bilion baru-baru ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menambah lagi simpanan mereka dan menjana pulangan yang konsisten dalam instrumen pelaburan berisiko rendah,” katanya.

Katanya lagi, kedua-dua kempen yang berlangsung serentak sehingga 29 Februari 2024 adalah kempen tahunan ASB untuk menggalakkan rakyat Malaysia menabung bag jangka panjang serta mengguna pakai penyelesaian digital bagi memudahkan pelaburan.

Dalam pada itu, orang ramai masih berpeluang untuk menyertai kempen ini bagi fasa dua bermula 1 Julai hingga 31 Oktober 2023, manakala fasa tiga bermula 1 November 2023 hingga 29 Februari 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI