fbpx

Pelancong Korea terkejut kena RM2 ‘termasuk’ tandas premium KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi @man_zang di akaun TikTok.

PETALING JAYA – Sekumpulan pelancong Korea meluahkan rasa terkejut kerana perlu membayar RM2 untuk memasuki tandas premium di Menara Berkembar Petronas atau KLCC.

Menerusi video yang dimuat naik salah seorang pelancong itu dikenali sebagai @man_zang, mereka mencuba tandas itu kerana perasaan ingin tahu kenapa tandas itu dinamakan ‘tandas perdana’ dengan dikenakan caj berharga RM2.

“Kenapa seseorang perlu bayar hanya kerana mahu pergi ke tandas? Saya mahu tidur dalam tandas inilah kalau macam itu,” seloroh salah seorang daripada mereka.

Walau bagaimanapun, setelah memasuki tandas berkenaan rata-rata mereka berpuas hati dengan bayaran dikenakan setanding dengan bau yang wangi, bersih dan sangat selesa.

Bahkan, mereka bukan sahaja mendapat tisu berkualiti tinggi tetapi losyen tangan secara percuma dimana ia disediakan di dalam tandas tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 865,600 tontonan, 59,800 tanda suka dan 670 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna tandas di KLCC juga tidak kisah membayar dengan harga mahal iaitu RM2 kerana kebersihan dan keselesaan yang diberikan kepada pengunjung.

“Itu tandas terbersih saya pernah lihat seumur hidup saya dan saya sebenarnya tak kisah pun nak bayar untuk tanda sebersih itu,” komen @nezhhh.

“Memang sesuai dengan harganya. Ada beberapa tandas lain di tingkat lain yang percuma tetapi agak kotor dan berbau busuk,” komen seorang pengguna.

Ada juga pengguna mendedahkan tandas di Sarawak mengenakan caj sehingga RM4 sesuai dengan keselesaan dengan kebersihan yang ditawarkan.

“Datang lah ke Sarawak. Ada satu pusat beli-belah kena bayar RM4 untuk tandas ‘premium’. Tetapi berbaloi lah, kalau dah masuk rasa tak nak keluar dah,” komen SNB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI