fbpx

Lina Mukherjee dipenjara baca bismillah sebelum makan kulit babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lina menangis ketika hadir di mahkamah Palembang. - Sumeks.co

JAKARTA – Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas kesalahan menghina agama selepas dia membaca doa sebelum makan hidangan kulit babi menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik.

Lina Mukherjee, 33, didapati bersalah menyebarkan maklumat yang bermatlamat mencetuskan kebencian terhadap individu beragama dan kumpulan tertentu di mahkamah Palembang, wilayah Sumatera Selatan semalam.

Lina ialah seorang penganut agama Islam dan tindakannya itu diselar oleh kumpulan konservatif termasuk badan ulama tertinggi negara itu, Majlis Ulama Indonesia, yang mendapati video tersebut bertujuan menghina agama.

Pesohor media sosial tersebut pada Mac lalu memuat naik video di TikTok yang memaparkan dia membaca Bismillah sebelum makan babi.

Video yang menerima berjuta-juta tontonan itu dikecam ramai terutamanya penganut agama Islam.

Selain hukuman penjara, Lina didenda 250 juta rupiah (RM76,161). Hukuman penjara terhadapnya akan dilanjutkan selama tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI