fbpx

Lelaki keluar menangkap ketam ditemui maut dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa ketika ditemui di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian, Lahad Datu pagi tadi. -Foto: Ihsan Polis-

LAHAD DATU – Mayat lelaki warga asing dipercayai dibaham buaya ketika menangkap ketam ditemui di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian pagi tadi.

Mangsa berusia 23 tahun berkenaan ditemui pada pukul 7.20 pagi dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kampung Tanjung Batu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa adalah pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada awal pagi ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang menangkap ketam di kawasan laut itu.

“Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Mangsa kemudiannya dikatakan hilang dari kawasan berkenaan sebelum ditemui pagi tadi.

‘Ketika mayat mangsa ditemui terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala serta kesan calar di bahagian dada, belakang leher,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Rohan Shah berkata, anggota polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI