fbpx

[KEMASKINI] Nahas Putrajaya: Waris telah diminta buat pengecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Asmadi meninjau lokasi kejadian 12 kenderaan di Persiaran Utara di Putrajaya tadi. - Foto IPD Putrajaya

PUTRAJAYA – Polis kini sedang dalam proses menghubungi waris mangsa terlibat dalam insiden kemalangan di Persiaran Utara di sini bagi membolehkan urusan pengecaman dan bedah siasat dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika ini, pihaknya sedang memberi tumpuan untuk menghubungi waris mangsa sebelum membuat sebarang pengesahan.

“Kita belum boleh sahkan (identiti mangsa) selagi waris belum dihubungi kerana prosesnya begitu. Pengecaman perlu dibuat untuk dapatkan pengesahan, pekerjaan dan siapa mangsa sebenarnya.

“Ini kerana kita bimbang ada yang gunakan kad pengenalan orang lain dan sebagainya. Jadi, buat masa ini, pegawai tengah hubungi waris dan kita sedang tunggu,” katanya kepada pemberita di Bilik Forensik Hospital Putrajaya di sini tadi.

Terdahulu, A. Asmadi turut meluangkan masa melawat Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya bagi mendapatkan perkembangan terkini mangsa lain yang turut terlibat dalam nahas itu.

Mengulas lanjut, katanya, polis juga sudah mempunyai maklumat mangsa termasuk alamat dan akan memaklumkan kepada waris mengikut kaedah ditetapkan.

“Kita akan gunakan kaedah ditetapkan untuk maklumkan kepada waris, kita tidak tahu jika ibunya ada sakit jantung dan sebagainya.

“Jadi, kita sendiri akan hantar wakil untuk maklumkan tentang kemalangan itu dan bukannya daripada pihak hospital,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai keadaan mangsa yang lain, menurutnya, seorang mangsa sedang dirawat di zon merah, manakala dua lagi berada di zon kuning.

“Tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI