fbpx

[KEMASKINI] Dua penunggang motosikal disahkan maut terlibat nahas 12 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kemalangan melibatkan 12 kenderaan di Kilometer 5.7 Persiaran Utara, Putrajaya menghala Puchong, pagi tadi.

PUTRAJAYA – Dua penunggang motosikal disahkan maut dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 5.7 Persiaran Utara menghala Puchong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan dua identiti mangsa yang maut sedang dikenal pasti.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, empat motosikal terbabit dalam insiden itu termasuk sebuah motosikal polis pengiring.

“Insiden berlaku kira-kira 10.14 pagi itu turut membabitkan enam kereta dan dua buah lori,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, rakaman sistem rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, lebih 10 buah kenderaan berhenti di lokasi kejadian sebelum sebuah lori merempuh mangsa.

A. Asmadi berkata, rakaman menunjukkan lori dari arah Kajang tiba-tiba mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kiri dan terus merempuh mangsa.

Menurutnya, dua mangsa maut di lokasi kejadian dan kematian disahkan oleh pasukan paramedik Hospital Putrajaya.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Putrajaya dan Hospital Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk mendapat rawatan.

“Kami turut menahan pemandu lori untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI