fbpx

Gaji pegawai rendah, bukan eksekutif turun di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kebanyakan bandar di negara ini mengalami penurunan gaji merentasi kebanyakan jawatan, mengikut laporan terkini Panduan Gaji 2023 JobStreet.

Berdasarkan laporan Panduan Gaji itu, hanya Kuching yang mengalami kenaikan gaji median sebanyak 9.6 peratus, manakala Putrajaya tidak mengalami sebarang perubahan.

Jawatan di Kuantan pula paling teruk terjejas, dengan penurunan gaji sebanyak 29.4 peratus.

Menurut laporan tersebut, Alor Setar mencatatkan penurunan gaji sebanyak 13.3 peratus, Seremban turun kepada 4.8 peratus dan di Kota Kinabalu pula menurun sebanyak 17.1 peratus.

Sementara itu, secara keseluruhannya, peranan pegawai rendah dan bukan eksekutif mengalami penurunan yang paling tinggi.

Menurut Pengarah Urusan JobStreet Malaysia, Vic Sithasanan, Industri Komputer dan IT telah mengalami pertumbuhan gaji median tertinggi, dengan peningkatan 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800.

Katanya, peranan pakar Komputer dan IT juga mempunyai gaji median tertinggi antara semua pengkhususan iaitu RM6,000.

“Industri pembuatan juga mengalami sedikit pertumbuhan, menyiarkan jumlah iklan pekerjaan
tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut, iaitu peningkatan sebanyak 12.6 peratus pada tahun 2023.

“Sementara itu, sektor makanan dan minuman (F&B) telah mencatatkan penurunan gaji merentas semua peringkat jawatan, kecuali Pengurus Kanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Eksekutif Kanan dalam industri mengalami penurunan gaji yang paling ketara (18.8 peratus) berbanding semua jawatan dan industri lain, manakala jawatan peringkat kemasukan bermula pada tahap yang hampir tidak melebihi gaji minimum, iaitu RM1,600.

“Walaupun tahap gaji median adalah konsisten dari tahun ke tahun, peningkatan kos sara hidup masih dikhuatiri; memang difahami bahawa terdapat peningkatan tumpuan terhadap gaji di kalangan pencari kerja hari ini.

“Mencari dan merekrut bakat terbaik terus menjadi cabaran bagi semua syarikat, terutamanya untuk peranan yang sangat khusus atau sukar untuk diisi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI