fbpx

DUN Pelangai: Anak Felda Chemomoi Datuk Amirzar dipilih calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY (kanan) memperkenalkan calon BN bagi PRK DUN Pelangai, Datuk Amirzar Abu Adam di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di Bentong.

BENTONG – Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amirzar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Amirzar yang berumur 53 tahun merupakan anak jati Felda Chemomoi merupakan Bendahari Agung Kami Anak Felda (KAF) pusat dan Pengerusi KAF Felda Mempaga.

Pengumuman calon yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong dibuat oleh Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, pemilihan calon dilakukan dengan teliti memandangkan ramai calon yang berkelayakan dan boleh membawa kemenangan kepada BN.

“Setelah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan setelah beliau meneliti, beliau setuju dengan calon yang saya umum.

“Saya ingin mengumumkan calon N36 DUN Pelangai adalah dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian Bentong, saya percaya semua kenal, yang dicalonkan BN ialah Datuk Amirzar Abu Adam,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI