fbpx

BN umum calon DUN Pelangai malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai malam ini.

Pengumuman tersebut dijangka diadakan serentak dengan majlis pelancaran jentera bagi PRK DUN Pelangai di Dewan Majlis Perbandaran Bentong pukul 8.30 malam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau berharap majlis tersebut dapat berjalan lancar dan teratur terutama dalam memastikan kerusi DUN Pelangai terus kekal milik BN.

“Saya berharap penduduk di DUN Pelangai terus memberi kepercayaan kepada BN seperti mana sebelum ini agar kami dapat teruskan perkhidmatan demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Insya-Allah,” katanya yang juga Pengerusi BN negeri menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI