fbpx

3 maut bas ekspres dua tingkat langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dua tingkat yang terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di Lipis awal pagi tadi.

LIPIS – Tiga termasuk dua penumpang dan seorang pemandu bas ekspres dua tingkat maut selepas bas mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu bas Ab Aziz Daud, 56, dan dua orang penumpang iaitu Mohd. Syukri Mat Noor, 55, dan seorang warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi berlaku ketika bas yang dinaiki 20 orang itu dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat tiga lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan mangsa lain belum dipastikan.

“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Lipis, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa dihantar ke hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI