fbpx

Tubuh NGO Munafik Hunter, Caprice dikecam buat kerja Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice menubuhkan NGO ‘Munafik Hunters, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) ‘Munafik Hunter’, dikecam hebat kerana dikatakan cuba membuat ‘kerja-kerja’ Tuhan.

Caprice di Instagramnya baru-baru ini, mengumumkan menubuhkan NGO tersebut berikutan dia telah menerima lebih 500 aduan dan pengalaman berkaitan salah laku seksual dalam masa 24 jam.

“Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan, kes dan pengalaman dalam masa 24 jam, pasukan kami memutuskan untuk menubuhkan NGO.

“Insya-Allah laman sesawang untuk anda daftar sebagai sukarelawan atau hantar aduan, akan disediakan.

“Maklumkan saya bagaimana kami boleh membantu atau berkembang. Jadilah yang pertama untuk ikut rapat,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Keputusan tersebut menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, malah ada yang meminta supaya Caprice ‘mengaji lagi’.

“Munafik Hunter? Buat kerja Tuhan ke nak menilai seseorang tu munafik ke tak?,” soal Justlimann.

“Rujuklah para mufti sebelum buat sesuatu keputusan lebih-lebih lagi bila kau guna istilah munafik. Populariti bukan satu perkara yang melayakkan dan membolehkan kita untuk berbuat sesuka hati. Mengaji lagilah. Lebih baik buat NGO Ilmu Hunter,” cadang Luthfi_3539.

“Tangkap diri sendiri la, sembang Al-Quds bagai tapi duk layan konsert yang ada unsur maksiat, bini pun tak tutup aurat,” ujar Soulicious.jaes.

“Kaji betul-betul penggunaan nama ‘Munafik Hunter’ ni. Maksud munafik ni luas, tak semestinya munafik ni hanya untuk pak lebai yang didakwa kononnya buat sumbang mahram belakang tabir. Kaji dulu. Jangan ikut nafsu dan ego semata-mata kerana dendam terhadap individu,” kata Alialha.

Terdahulu, Caprice dilaporkan telah membuat beberapa pendedahan di dalam podcast bersama Mondy Tatto berkaitan salah laku seorang pendakwah bebas, baru-baru ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan daripada pendakwah bebas berkenaan yang mendakwa dirinya difitnah dalam sebuah video tular di media sosial yang bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI