fbpx

Tiga lelaki tempatan ditahan gaduh depan kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, Bukit Mertajam yang tular di media sosial.

SEBERANG PERAI – Polis menahan reman tiga lelaki tempatan selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah kuil di Alma, Bukit Mertajam di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya menahan ketiga-tiga lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun itu telah diberkas di kawasan kuil tersebut.

Terdahulu katanya, dua rakaman video mengenai pergaduhan itu tular di laman sosial termasuk di Twitter kira-kira pukul 10.15 pagi semalam.

Menurut beliau, video berdurasi 27 dan 14 saat itu mendapat 37 tanda sukaan, tiga komen serta 15 ciapan semula.

“Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku pada 17 September, kira-kira pukul 12.05 tengah malam ketika orang ramai sedang menyambut satu upacara keagamaan di kuil berkenaan.

“Dalam kejadian itu, mereka yang terlibat dengan pergaduhan tersebut juga didapati menggunakan tangan dan kerusi (sebagai senjata),” katanya di sini, malam tadi.

Tambah Cheng San, punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu gaduh gempar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI