KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai hari ini.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September lalu
Suhaizan memperoleh 48,283 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai 2023. – KOSMO! ONLINE