fbpx

Siapa ganti Elavarasan kemudi B-23?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAVARASAN (kanan) mahu memberikan fokusnya bersama Harimau Malaya dan melepaskan jawatannya sebagai pengendali B-23 negara. - FAM

JURULATIH berpengalaman, E. Elavarasan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya selaku pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara meski­pun berjaya melayakkan diri ke Piala Asia B-23 2024 yang akan bermula April tahun depan.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyatakan Elava-rasan bakal kembali fokus pada tugas hakiki selaku penolong jurulatih skuad Harimau Malaya kepada Kim Pan-gon.

Keputusan itu dibuat selepas Elavarasan me­ngadakan perjumpaan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin baru-baru ini sekali gus membenarkan dirinya untuk kembali bersama skuad senior.

“Setahun di bawah kendalian Elavarasan, skuad B-23 kebangsaan berjaya menjuarai Piala Merlion 2023 di Singapura pada Mac lalu.

“Biarpun gagal di Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei, namun mereka berjaya layak ke separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand pada Ogos.

“Malah, skuad muda negara juga layak ke Piala Asia B-23 2024 selepas melepasi pusingan kelayakan berlangsung di Chonburi, Thailand baru-baru ini.

“Namun, Hamidin dan Elavarasan telah mencapai kata sepakat agar beliau kembali fokus kepada tanggungjawab­nya sebagai penolong kepada Pan-gon.

“Pengganti Elavarasan sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April tahun depan hanya akan diumumkan selepas beberapa penelitian dilakukan nanti,” menurut kenyataan FAM.

Sebagai rekod, Elavarasan telah diumumkan sebagai ke­tua jurulatih B-23 negara menggantikan tempat Brad Maloney pada 1 September 2022 selain dalam masa sama beliau masih memegang jawatan sebagai pembantu kepada Pan-gon.

FAM membuat keputusan melantik Elavarasan bagi mengemudi B-23 kebangsaan kerana merasakan keha­dirannya boleh memudahkan proses kesinambungan pemain daripada skuad remaja ke pasukan senior Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI