fbpx

Satu jam tahan sakit kaki tersangkut lubang tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membantu mengeluarkan kaki budak yang tersangkut dalam lubang tandas.

KAJANG – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit selama satu jam selepas kaki kanan tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di sebuah apartmen di Balakong, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 8.36 malam.

Katanya, seramai lima anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas.

“Kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit dilakukan oleh anggota dan berjaya dikeluarkan pada pukul 9.11 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mukhlis, mangsa diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI