KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin diarah keluar Dewan Rakyat kerana mengganggu sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengeluarkan arahan itu selepas Radzi enggan mendengar arahan supaya memberi peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan sesi penggulungannya.
Berikutan itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang turut bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – KOSMO! ONLINE