fbpx

Pihak pendakwaan fail rayuan pembebasan Bung Moktar, Zizie Izette

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar, Zizie Izette

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dalam tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Perkara itu disahkan pihak pembelaan yang mewakili Zizie Izette ketika dihubungi media di sini hari ini.

Menurutnya, notis rayuan telah difailkan pendakwaan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu.

Sementara itu, sumber daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika dihubungi turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 7 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Bung Moktar dan Zizie Izette atas pertuduhan rasuah itu lapan tahun.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.

Pasangan itu memfailkan permohonan di semakan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata Mahkamah Tinggi menerima permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette selaku pemohon itu selepas mendapati keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 65, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 45, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI